Saya baring2 depan tv sambil tertidur (?) Nuha pun dah tidur dah. Encik suami bersukan malam ini :-) emm, jadual futsal mereka telah bertukar dari 2 kali seminggu kepada 1 kali sahaja. Kenapa agaknya :p
oh, saya bukan nak bercerita pasal futsal atau apa. sambil baring2 tadi saya tertengok drama-yang tak tau tajuk apa kat tv3. zizie ezzette berlakon dengan remy (?) ala adam tu. ada scene zizie ni jatuh tangga, terselak le betis segala. mak aii dia ni memang putih melepak macam dinding!!!!!!!!!!!! gebu pulak tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar dari google
kan? melepak kan dia ni? huh, saya tak tahu pun hujung pangkal drama tu sebab saya cam tertidur-terjaga-tertengok tv-terus bangun tengok kain dalam mesin basuh-berapa banyak ter daa....
ok,sekarang nak angkat Nuha masuk bilik tutup lampu nak tido2 ayam sambil tunggu encik suami pulang. huh, tido2 ayamlah sangat..jangan sampai ada yang bergendang kat luar tu nanti sudahlah ye.
Esok pagi nak masak apa ek? skrg sedikit menyesal tak pandai memasak, malas memasak masa bujang, malas menolong orang di dapur, padan muka hari2 pening nak masak apa bila masak tu dah jadi macam rutin harian kan. rasakan...